Pakej Allergy

Klinik Ezna menyediakan Pakej Allergy bagi membantu mengenal pasti punca alahan melalui dua pilihan ujian iaitu AL36 Allergy Test dan EURO54 Allergy Test. Kedua-dua ujian ini merangkumi saringan terhadap pelbagai alergen seperti makanan laut, produk tenusu, kekacang, gandum, habuk rumah, bulu haiwan peliharaan, kulat udara, jenis-jenis rumput, serta bahan pencetus alergi lain yang sering ditemui dalam persekitaran harian. Hasil ujian membantu pesakit lebih memahami reaksi tubuh terhadap alergen tertentu. Setiap pakej turut disertakan konsultasi doktor secara percuma untuk penerangan keputusan dan panduan lanjut.